TENTERA JEPUN DISERANG BUAYA SEMASA MERENTASI PAYA


Pada januari 1945, tentera Jepun yang menduduki pulau Ramree, Burma, akhirnya terpaksa berundur dan melarikan diri akibat serangan besar-besaran yang dilakukan oleh angkatan bersenjata Inggris. Seribu orang tentera Jepun yang berhasil menyelamatkan diri ini memilih ikut paya untuk menghindari dikesan oleh tentera Inggris.



Tetapi paya ini bukanlah paya yang biasa kerana selain panjangnya yang mencapai hingga 16 kilometer, di dalamnya juga di penuhi oleh puluhan buaya bahkan ada diantara buaya-buaya tersebut yang beratnya mencapai hingga 1 tan. Lebih malang lagi, darah dari beberapa tentera yang terluka, telah memancing buaya-buaya ini untuk menghampiri mereka.

para tentera Jepun ini tidak menyedari kedatangan segerombolan buaya tersebut kerana terlalu keletihan merentasi paya tersebut. Sampai akhirnya buaya-buaya ini mula menyerang dan menyeret seorang demi seorang tentera Jepun masuk kedalam air.

Melihat kejadian ini para tentera Jepun mulai panik dan secara membabi-buta melepaskan tembakkan ke dalam air. Malangnya, segalanya sudah terlambat dan dari 1000 orang tentera Jepun yang melarikan diri, hanya 400 tentera saja yang berhasil sampai ke hujung paya dengan selamat. Kisah ini dikenali sebagai The Battle of Ramree.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...