HANYUT DI LAUT TAWANAN PERANG JEPUN INI MASIH HIDUP


Calvin Graef adalah seorang tawanan perang di atas kapal Jepun. Semasa dia sedang memasak nasi, ketika itulah kapal yang menawanya telah dibom oleh tentera Amerika. Pada awalnya dia berfikir jikalau kapal-kapal AS yang datang itu sedang berusaha menyelamatkannya dan tawanan-tawanan lain.



Tetapi dugaanya itu meleset, kerana kapal-kapal perang AS itu terus membedil kapal yang membawanya dengan torpedo dan menghancurkan kapal Jepun tersebut sedangkan dia bersama tawanan lainya masih berada di atas kapal tersebut. Gaef akhinya berhasil menyelamatkan diri setelah berpahut pada potongan kapal yang terapung.

Tidak berselang lama, dia bertemu dengan empat tawanan lain yang juga berhasil selamat setelah mereka menaiki sebuah perahu penyelamat yang sudah rosak. Namun, tekad yang kuat untuk bertahan hidup, kelimanya berhasil berlayar ke arah barat menuju China dengan jarak tempuh tidak kurang dari 480 kilometer.

Dalam perjalananya ini, kelima-lima mereka meredah badai, hingga akhirnya tiba di perairan China dan di selamatkan oleh beberapa nelayan setempat. Setibanya di pantai, para Survivor ini di beri makan oleh para nelayan sebelum akhirnya di pulangkan kembali ke Amerika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...