Wanita Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia


Sepanjang sejarah umat manusia tercatat nama elizabeth bathory, iaitu seorang pembunuh berantai yang memecahkan rekod pembunuhan sepanjang sejarah iaitu 650 kes pembunuhan, elizabeth bathory ini juga merupakan wanita yang mengikuti aliran syaitan, yang percaya bahawa dengan mandi darah perawan akan boleh membuatnya awet muda .



Atok Elizabeth Bathory adalah Prince Stephen Bathory yang merupakan salah seorang pahlawan yang memimpin pasukan Vlad Dracul ketika merebut kembali kekuasaan di Walachia seabad sebelumnya.

Ibu bapa Elizabeth, Georges dan Anna adalah bangsawan kaya-raya dan merupakan salah satu keluarga paling kaya di Hungaria pada saat itu. Keluarga besarnya juga terdiri dari orang-orang ternama. Salah seorang sepupunya adalah perdana menteri di Hungaria, Bahkan saudara lelakinya Stepehen pernah menjadi Raja Poland.



Di usia 15 tahun, Elizabeth berkahwin dengan Count Ferencz Nadasdy(gambar) yang 10 tahun lebih tua darinya. Kerana suaminya berasal dari golongan kelas rendah, maka Count Ferencz Nadasdy menggunakan nama Bathory dibelakangnya.

Dengan demikian, Elizabeth boleh tetap menggunakan nama keluarganya iaitu Bathory dan tidak menjadi Nadasyd. Kedua-dua pasangan tersebut kemudian tinggal di Kastil Csejthe, yg merupakan sebuah istana di atas pengunungan dengan perkampungan Csejhte lembah di bawahnya.

Suaminya jarang mendampingi Elizabeth kerana lebih sering berada di medan pertempuran melawan Turki Usmani (Ottoman). Suaminya kemudian menjadi terkenal kerana keberaniannya di medan pertempuran, bahkan dianggap sebagai pahlawan di Hungaria dengan gelaran 'Black Hero of Hungary'.

Elizabeth yang masih muda sentiasa berasa kesepian kerana selalu ditinggal suami yang sebuk berperang. Elizabeth mempunyai sikap mengagumi kecantikannya dan memiliki banyak kekasih gelap yg melayaninya selama suaminya tiada. Bahkan Elizabeth pernah melarikan diri bersama kekasih gelapnya namun kemudian kembali semula kepada suaminya dan suaminya memaafkannya.

Tetapi hal tersebut tidak dapat mengurangkan ketagihan Elizabeth akan kepuasan seksual. Elizabeth juga menjadi seorang biseksual dengan melakukan hubungan lesbian dengan saudara perempuannya, Countess Klara Bathory. Elizabeth kemudian mulai terpengaruh dengan sesuatu ilmu yang diajarkan oleh salah seorang pelayannya yang bernama Dorothea Szentes yang biasa disebut Dorka.

Kerana pengaruh Dorka, Elizabeth mulai suka kepuasan seksual jenis penyiksaan dan dia lakukannya terhadap pelayan-pelayannya yang masih muda. Selain Dorka, Elizabeth dibantu beberapa orang lain terdekatnya iaitu suster Iloona Joo, Johaness Ujvari dan Anna Darvula yang juga merangkap sebagai kekasih Elizabeth.

Bersama kumpulannya, Elizabeth mengubah kastil Csejthe menjadi pusat keganasan dan penyeksaan seksual.
Para gadis-gadis muda yg menjadi pelayan nafsunya diseksa dengan berbagai bentuk penyiksaan seperti diikat, ditelanjangkan lalu dipukul menggunakan pelbagai alat untuk menyakiti bahagian-bahagian badan yang tertentu. Tahun 1600, suaminya Ferencz meninggal.

Memasuki usia 40-an, Elizabeth menyedari bahawa kecantikannya mulai memudar. Kulitnya mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan dan kerepot yang sebenarnya lumrah di usia tersebut. Tetapi Elizabeth adalah pemuja kesempurnaan dan kecantikan, Maka dia akan melakukan apa saja demi mempertahankan kecantikannya.

Diringkaskan, pada tarikh 30 Disember 1610, sepasukan tentera dibawah pimpinan sepupu Elizabeth sendiri, menyerbu Kastil Csejthe di tengah malam. Mereka semua terkejut melihat pemandangan yg mereka temukan di dalam kastil tersebut.

Mayat seorang gadis yg pucat kehabisan darah terbaring terlentang di atas meja makan, seorang gadis ditemui masih hidup namun ditemui terikat di tiang dengan kedua-dua urat nadinya dihiris hingga menitisnya darah.

Dibahagian penjara, mereka menemui belasan gadis yang sedang ditahan menunggu giliran untuk dibunuh. Kemudian di ruang bawah tanah ditemukan lebih dari 50 mayat yang sebahagian besar sudah mulai membusuk.

Selama pengadilan keatas Elizabeth Bathory di tahun 1611, sekurangnya 650 nama yang mati berjaya dikesan berdasarkan laporan dari berbagai pihak. Mulai dari keluarga-keluarga petani hingga keluarga-keluarga bangsawan.

Sebenarnya Elizabeth tidak pernah hadir di pengadilan untuk diadili secara langsung. Hanya ke 4 orangnya yg diadili dan kemudian dihukum mati.

Namun Elizabeth telah mendapatkan hukumannya juga. Raja Hungaria memerintahkan Elizabeth dikurung dalam biliknya di Kastil Csejthe selama sisa-sisa hidupnya.

Para pekerja kemudian dikerahkan untuk menutup semua pintu dan tingkap ruang bilik Elizabeth dengan tembok dan hanya membiarkan lubang kecil untuk digunakan bagi memasukkan makanan dan minuman setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...